Awani: Jepun bantu kaji cara optimumkan pengangkutan awam Malaysia – Tun Dr Mahathir

TOKYO: Pakar pengangkutan dari JR Kyushu dan JR Freight akan melihat bagaimana sistem pengangkutan awam di Malaysia dapat dioptimumkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, mereka akan datang ke Malaysia serta melihat bukan sahaja aspek meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penumpang dan kargo, tetapi juga melihat bagaimana keuntungan dapat dijana dari sistem itu.

“Japan Railways (JR) dahulu merupakan sebuah syarikat milik kerajaan Jepun. Tetapi syarikat itu selalu rugi, sehingga akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk menswastakannya kepada, bukan satu, tetapi kepada beberapa syarikat.

The line-up of the Shinkansen JR rolling stock

Beliau sebelum ini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari, dan akan bertolak pulang ke Malaysia pada Rabu.

Dalam satu sidang bersama antara beliau dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semalam, rakan sejawatannya itu telah menyatakan persetujuan untuk menghantar pakar pengangkutan Jepun ke Malaysia akhir bulan ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, antara masalah yang dikenal pasti ialah, landasan keretapi di Malaysia semuanya menggunakan kuasa elektrik, tetapi ia tidak mampu membawa kontena.

“Tidak seperti di Jepun, mereka mempunyai landasan khas untuk kontena dan barangan besar,” katanya lagi.

Pautan artikel asal : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jepun-bantu-kaji-cara-optimumkan-pengangkutan-awam-malaysia-tun-dr-mahathir-190454

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *